Sebuah karya yang penting di dunia di mana mengajar masyarakat bahawa pentingnya kestabilan politik dan kuasa , di mana keberlangsungan sebuah negara terletak pada beban Sang Penguasa yang terpaksa melakukan apa sahaja demi matlamat agung mereka.
Nicollo Machiavelli adalah sebuah nama yang masyhur dalam dunia pentadbiran, politik dan juga bidang-bidang seperti geopolitik, sejarah dan lain. Tahukah anda, pada umur 29 tahun Machiavelli dijadikan diplomat untuk menjaga wilayahnya dari ditakluk. Beliau menulis “The Prince” ini dalam kegagalan, beliau menggubal sebuah modul, bagaimana untuk mendapatkan semula kuasa. Semua karya agung dunia pada masa itu telah ditelaah untuk menyiapkan adikarya beliau ini. Menyedihkan apabila beliau tidak sempat memegang karya agungnya, apabila karya ini diiktiraf dan diterbitkan lima tahun selepas kematian beliau. Kami sangat berharap anda boleh membaca karya ini yang mengajar bagaimana dunia politik dan hakikat kekuasaan.
There are no reviews yet.